Zahid: Beku Pekerja Asing Akibatkan Rugi RM24 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembekuan pengambilan pekerja asing sejak pertengahan Februari lalu mengakibatkan perniagaan kerugian kira-kira RM24 bilion, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri mengakui bahawa pembekuan yang berterusan bukan sahaja akan menjejaskan perniagaan di beberapa sektor tetapi juga pendapatan kerajaan.

"Memang benar kekurangan buruh asing di beberapa sektor kerana pembekuan itu telah mengakibatkan kerugian.

"Sebagai contoh, dalam sektor perladangan, kekurangan pekerja asing menyebabkan kerugian RM2 bilion kerana buah-buahan tidak dituai," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Kadzim M. Yahya di Dewan Negara pada Khamis.

Zahid berkata, kekurangan pekerja asing mengakibatkan implikasi ekonomi yang buruk sehinga menyebabkan kerugian RM24 bilion dalam transaksi perniagaan.

"Ini menyebabkan kerajaan kurang mendapat hasil daripada cukai," katanya.

Tags / Kata Kunci: pekerja asing

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan