SPR Sasar 75 Peratus Pemilih Mengundi Di Dua PRK Esok

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 75 peratus pemilih yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, esok.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata peratusan tersebut akan meningkat sekiranya pengundi yang berada di luar kawasan Parlimen pulang untuk melaksanakan hak masing-masing.

"Kami (SPR) seru semua pengundi agar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Mengundi adalah keutamaan untuk menegakkan demokrasi dan memilih pemimpin," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan proses semakan isi peti PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini, Jumaat.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Sungai Besar esok (18 Jun), berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas berkenaan.

Justeru, Mohd Hashim meminta pengundi kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan membuat semakan maklumat pengundian bagi mengelak berlakunya kesulitan pada hari pengundian.

"Kena semak nama pusat pengundian, nombor saluran. Ini berikutan sesetengah pengundi yang berubah pusat pengundian setelah pelarasan dibuat SPR bagi tujuan persempadanan semula," katanya.

Menurut Mohd Hashim, keputusan pengundian bagi kedua-dua kerusi Parlimen itu akan diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam esok.

Katanya semua pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi secara berperingkat dengan mengambil kira faktor cuaca dan keadaan trafik bagi mengelak kelewatan.

"Pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang. Jangan menunggu saat akhir untuk keluar mengundi," katanya.

Sebanyak 74,997 pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan akan mengundi esok, terdiri daripada 32,632 pengundi di Kuala Kangsar manakala 42,365 pengundi di Sungai Besar.

Dalam pada itu beliau menasihatkan agar pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kad pengenalan kepada pihak lain selain SPR bagi mengelak perbuatan salah guna.

Beliau turut mengingatkan mana-mana majikan agar memberi pelepasan kepada pekerja masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab.

"Mana-mana majikan yang menghalang pekerja untuk keluar mengundi boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jika sabit kesalahan, majikan akan didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPR , PRK , Kuala Kangsar , Sungai Besar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan