Dua Nelayan Muda Selamat Kembali Bertemu Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 6:28 PM

Dua nelayan,Mohammad Suria Rahman dipeluk oleh bapanya, Rahman Yusof manakala Ahmad Nadzhan Mohd Nadzri bersama ibunya Ruhaizah Sanusi Johor Baru pada Khamis. Foto: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Hanya air mata kegembiraan daripada kaum keluarga yang mampu diluahkan apabila menyambut kepulangan dua nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dituduh menceroboh ketika memancing bulan lalu.

Mohammad Suria Rahman,21, dan Ahmad Nadzhan Mohd Nadzri, 21 selamat tiba di Jeti Marina di Pengerang pada kira-kira jam 2.30 petang Khamis.

Ketika ditahan polis Marin Indonesia pada 4 Mei lalu kira-kira pukul 10.45 malam, kedua-dua mereka sedang memancing bersama tiga lagi yang lain iaitu Mohd Salleh, 32 yang merupakan abang kepada Mohammad Suria, Norul Azhar Mohd Nor, 40, dan Mohammad Sani Mohd Soad, 37.

Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, dua nelayan dari Pontian itu telah dibebaskan dan meninggalkan Indonesia kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

"Mereka tiba di jeti di Pengerang  kira-kira pukul 2.30 petang dan pihak kami telah membawa mereka bertemu dengan keluarga masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini.

Sementara itu, Mohd Salleh, Norul Azhar dan Mohammad Sani telah dibebaskan pada 17 Mei selepas Malaysia membuat rayuan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan