Individu Sebar Dakwaan Status Halal Akui Kesilapan, Minta Maaf - McDonald's

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 7:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Individu yang memulakan dakwaan di laman sosial dengan mempersoal status halal produk McDonald's Malaysia telah mengakui kesilapannya selain memohon maaf kerana menyebarkan dakwaan itu.

Menurut kenyataan McDonald's Malaysia pada Rabu, syarikat makanan segera itu meminta wanita itu mengambil iktibar daripada kesilapannya dan lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya. 

Ia berkata, ini susulan usaha McDonald's menghubungi sendiri individu berkenaan.

Kenyataan itu turut memaparkan surat permohonan maaf yang dihantar individu berkenaan. Bagaimanapun, identiti dan butiran peribadi individu itu tidak didedahkan.

Menurut syarikat itu pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk 'Quarter Pounder with Cheese'.

"Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami," kata kenyataan itu.

Ia berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan  bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald's Malaysia. - Bernama

Tags / Kata Kunci: McDonald's

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan