Belum Ada Pengesahan Dakwaan Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik - Berita Semasa | mStar

Belum Ada Pengesahan Dakwaan Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 2:33 PM

Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Baru saja Malaysia bergembira dengan pembebasan empat orang dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia didakwa kononnya diculik di perairan Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu. 

Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya.

Sebuah laporan berita Filipina memetik Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Pada 8 Jun lepas, empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan