Santai Bersama Calon Amanah: Pembangkang Di Malaysia Punya Masa Depan Cerah

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 9:40 AM

(Ubah saiz teks)

.

PARTI Amanah Negara (Amanah) bersama Pakatan Harapan telah memilih Azhar Ab Shukur sebagai calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun ini.

Bekas guru yang kini bergelar ahli perniagaan itu anak kepada veteran Umno, Datuk Abdul Shukur Siraj yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung selama dua penggal dan Ahli Parlimen Tanjung Karang selama satu penggal.

Ikuti temubual santai mStar Online bersama Azhar yang lebih senang disapa sebagai ‘ustaz’ ini:

Pertama kali dapat tahu dilpilih sebagai calon, apa reaksi ustaz?

- Selaku Ketua Amanah kawasan Sungai Besar, tercalon atau tidak, saya bersama sahabat-sahabat dalam Pakatan Harapan tetap menjadi tuan rumah pada PRK kali ini. Bila mendapat maklum tentang terpilih menjadi calon, kebersediaan itu telah ada. 


Ustaz dilahirkan di Sungai Besar. Sejauh mana ustaz faham tentang tempat kelahiran ustaz ini?

- Selaku penduduk yang lahir, bersekolah malah pekerjaan pertama saya adalah di Sungai Besar, saya melihat masyarakat di sini hidup dalam keadaan amat bertolak ansur dan bersederhana.


Gambarkan Sungai Besar dengan lima perkataan:

- Pekan kecil
- Nelayan 
- Petani
- Kos hidup yang rendah
- Damai


Hobi/minat ustaz.
- Saya suka berjalan dan bertemu kawan-kawan.


Makanan kegemaran.
- Pajeri terung


Makanan kegemaran waktu berbuka?
- Popia basah


Makanan kegemaran waktu sahur?
- Ikan kembung goreng dan telur masin


Tempat lepak kegemaran ustaz?
- Pejabat


Ustaz seorang yang…
- Suka bersembang


Bagaimana tidur ustaz sepanjang tempoh berkempen?
-  Hanya 4 jam sehari


Sebelum tidur apa yang difikirkan?
- Mati

Azhar (kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada majlis iftar, Selasa.

Bapa ustaz adalah orang Umno. Adakah beliau bersetuju ustaz bertanding atas tiket pembangkang.
- Ya, dia pesan tanding baik-baik. Apa-apa keputusan serah kepada pimpinan parti.


Politik Malaysia...
- Saya rasa ia perlu kepada sistem dua parti.


Pembangkang di Malaysia...
- Gabungannya perlu diperkukuhkan lagi. Mempunyai masa depan yang cerah.


Ustaz minat hiburan? Siapa artis/rancangan kesukaan ustaz?
- Minat. Saya sukakan lagu-lagu lama di Radio Klasik FM. Kalau artis, saya minat P.Ramlee.


Jika ustaz menang, jadual ustaz semakin sibuk dan tanggungjawab semakin berat. Apa komen isteri dan anak ustaz?
- Mereka sentiasa memberi sokongan.


Ustaz dilihat sentiasa ditemani isteri ketika berkempen. Boleh komen sikit.
- Isteri saya sentiasa ada bersama, walaupun semasa saya tidak berkempen.


Apa perkara pertama yang ustaz akan lakukan jika menang?
- Tunggu menang dulu...


Perubahan pertama yang akan dilakukan di Sungai Besar jika menang?
- Akan dibincangkan bersama pimpinan yang lain dan melihat kepada keperluan masyarakat setempat.

Tags / Kata Kunci: Azhar Ab Shukur , PRK Sungai Besar , Adun , Amanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan