Keluarga Tebusan Dakwa RM12 Juta Wang Derma Diserahkan Kepada Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 2:47 PM

Cheng Kiong bercakap kepada pemberita bagi menjelaskan mengenai wang derma untuk menjamin pembebasan kesemua tebusan.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ahli keluarga empat rakyat Sarawak yang dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf menjelaskan bahawa semua wang derma yang diterima untuk menjamin pembebasan kesemua tebusan telah diserahkan kepada pihak polis.

Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara salah seorang tebusan, Johnny Lau Jung Hien berkata RM12 juta telah diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.

"Kami menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 24 Mei lalu.

"Kesemua wang yang diperolehi itu diserahkan kepada mereka dan kami tidak menyimpan satu sen pun," kata Cheng Kiong.

Ketika dihubungi, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau tiada apa-apa komen mengenai dakwaan itu.

Cheng Kiong berkata keluarga kesemua tebusan terpaksa menjelaskan mengenai perkara itu kerana penderma dan orang ramai ingin tahu apa yang berlaku kepada wang tersebut.

"Mereka yang memerlukan penjelasan lanjut boleh pergi ke Cawangan Khas dan Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah wang sumbangan orang ramai. Kami tiada hak untuk menyimpan wang itu," katanya.

Cheng Kiong berkata daripada RM12 juta, RM9 didermakan oleh penderma secara individu manakala RM1 juta diperolehi daripada gadai janji dua rumah keluarga di Pulau Li Hua dan baki RM2 juta daripada syarikat perkapalan, tempat kesemua tebusan berkhidmat.

"Selepas menubuhkan laman Facebook merayu bantuan kepada orang ramai, kami menerima maklum balas positif dan sehinggalah penderma dari negara seperti Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia.

"Individu yang mendermakan sejumlah wang yang besar tidak mahu nama mereka didedahkan," katanya.

Cheng Kiong berkata ahli keluarga keempat-empat tebusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjamin pembebasan kesemua mangsa.

Keempat-empat mangsa diculik pada 1 April lalu dan dibebaskan pada malam Selasa selepas rundingan yang tegang dengan kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai sub-komander Apo Mike.

Tags / Kata Kunci: tebusan , culik , Abu Sayyaf , Sarawak , wang derma

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan