Tiga Peserta Malaysia Finalis Pertandingan Reka Bentuk AirAsia

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pereka bentuk muda akan mewakili negara ke pertandingan reka bentuk Grand Finale of AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 untuk bertanding dengan 12 peserta lain daripada Indonesia, Filipina,  Singapura dan Thailand.

Mereka ialah Ryan Alexander Tan Shaur-An dan Loh Teik Lim dari Esmod Kuala Lumpur dan Ng Yi Xuan dari SML Fashion Academy yang dipilih dari 487 peserta yang mengemukakan penyertaan menerusi dalam talian.

Acara final itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos ini.

"Ia akan menjadi platform bagi pereka bentuk muda untuk menonjolkan karier mereka dalam industri fesyen," kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Pemenang akan menerima RM350,000 dan berpeluang mempamerkan rekaan mereka pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017.-- Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan