Mekanisme Baharu Bagi Pengambilan Pelajar Bukan Warganegara Di Sekolah Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 3:24 PM

kamalanathan

P.Kamalanathan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji mekanisme baharu bagi memudahkan prosedur pengambilan kanak-kanak bukan warganegara untuk belajar di sekolah kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan P.Kamalanathan berkata kajian itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua kanak-kanak yang lahir di negara ini diberi peluang mendapatkan pendidikan di sekolah.

"Anak-anak yang ibu bapanya tiada dokumen langsung pun kita cuba wujudkan peluang mengikut cara yang ditetapkan.

"Kita akan terus mencari ruang dan peluang untuk memastikan anak di Malaysia tidak tertinggal dalam mendapat peluang pendidikan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, Rabu.

Syed Ibrahim bertanya sama ada kementerian mengeluarkan pekeliling mengenai pengambilan kanak-kanak bukan warganegara ke sekolah kerajaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Hou Kok Chung mengenai dasar Kementerian Pendidikan mengenai pengambilan kanak-kanak daripada perkahwinan warganegara Malaysia dan warga asing memasuki sekolah, Kamalanathan berkata penerimaan mereka berdasarkan kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen.

"Berdasarkan surat pekeliling itu, pertama, mana-mana seorang daripada ibu bapa kanak-kanak itu adalah warganegara Malaysia; kedua, surat pengesahan atau surat pengakuan ketua kampung bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada warganegara," katanya.

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang tidak mempunyai dokumen juga boleh mendapatkan surat sokongan daripada Penghulu, Ketua Anak Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Kampung (JKKK) atau Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Kampung Persekutuan (JKKP) bagi bantu mereka mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

"Selepas memasuki sekolah, ibu bapa kanak-kanak itu perlulah berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan dan seterusnya memudahkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan