Dua Nelayan Sekinchan Dijangka Tiba Esok Dari Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

SEKINCHAN: Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas, dijangka tiba di sini selewat-lewatnya awal pagi Khamis.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata proses dokumentasi bagi membawa pulang Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, sedang dijalankan bagi membolehkan mereka dibawa pulang dengan segera.

"Sebaik mereka tiba di sini, kedua-dua nelayan itu akan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terlebih dahulu untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Jamal berkata kepulangan kedua-dua nelayan itu amat dinanti keluarga dan rakyat Malaysia kerana pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka sejak ditahan tiga bulan lepas.

Ketika ditanya sama ada pembebasan kedua-dua nelayan itu mempunyai 'syarat' tertentu, Jamal berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Usaha untuk membawa pulang kedua-dua nelayan Sekinchan itu telah lama dibuat dan kebetulan mereka mendapat pengampunan Presiden Indonesia (Joko Widodo).

"Kami amat bersyukur dan ini merupakan khidmat berterusan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat tanpa mengira fahaman dan ia akan diteruskan demi membela nasib rakyat," katanya.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembebasan kedua-dua nelayan itu selepas Jokowi menandatangani surat pengampunan mereka.

Jamal berkata dua nelayan Sekinchan itu bukan yang pertama dibebaskan oleh kerajaan Indonesia kerana sebelum ini, lima nelayan lain dari Pontian, Johor turut mengalami nasib yang sama.

Pada 4 Mac lepas, pihak berkuasa Indonesia menahan Chua dan Heng serta merampas dua kapal pukat tunda Zon B yang dinaiki mereka.

Jamal berkata usaha turut dijalankan bagi membawa pulang kapal-kapal itu namun ia memerlukan sedikit masa kerana perlu menjalani pelbagai proses tertentu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: nelayan , Sekinchan , Indonesia , Jamal Md Yunos

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan