Kecergasan Kini KPI Bagi Anggota PGA

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kecergasan kini dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), kata Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak.

"Saya memasukkan kecergasan sebagai sebahagian daripada KPI mereka. Saya juga mengarahkan komander negeri masing-masing membawa kakitangan mereka untuk latihan mendaki bukit bagi memastikan mereka kekal cergas," kata Wan Abdullah yang dilantik sebagai Komander Baharu PGA.

Wan Abdullah berkata beliau mahu kakitangan PGA yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengurangkan lemak secara berlebihan dan kekal cergas agar dapat berkhidmat dengan baik.

Jelas beliau, kakitangan PGA akan dilatih dalam Silambam, seni mempertahankan diri kaum India.

Anggota PGA kini menerima latihan dari segi seni mempertahankan diri seperti silat, kicboxing, taekwondo dan karate.

"Kami harap dapat memulakan latihan Silambam di kem Seremban dan memperluaskannya ke negeri lain," kata Wan Abdullah.

Ketika lawatannya ke sini, Wan Abdullah berkata ini bagi mendapatkan maklum balas daripada ketua negeri masing-masing mengenai kelemahan mereka.

Tags / Kata Kunci: PGA , kecergasan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan