Aidilfitri: Kaunter Tiket Bas, Kereta Api Mula 'Diserbu'

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 11:18 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kaunter tiket bas dan kereta api kini menjadi lokasi tumpuan ramai terutama yang merancang untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri awal Julai ini.

Tempoh kira-kira tiga minggu lagi sebelum sambutan 1 Syawal itu digunakan untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk bersama keluarga tersayang.

Tinjauan The Star di Terminar Bas Sungai Nibong Express mendapati tiket bas ke Terengganu dan Kelantan hampir habis.

Bagaimanapun, tiket bas bagi perjalanan ke utara seperti Kedah dan Perlis serta negeri di selatan masih ada.

Pekerja kaunter tiket Konsortium Transnasional Bhd (KTB) yang enggan dikenali berkata, ia adalah trend yang biasa berlaku setiap kali menjelang Syawal.

"Mereka yang selalunya membeli tiket awal adalah penuntut universiti yang bercadang pulang berhari raya di kampung. Jika tunggu pada saat akhir, kemungkinan tiket habis memang ada, atau ia dijual pada harga lebih tinggi terutama beberapa hari sebelum Aidilfitri," katanya.

Menurutnya, penjualan tiket ke Kuala Lumpur, Johor Baru dan Singapura agak perlahan.

Operator bus juga dijangka menambah kekerapan perjalanan sepanjang tempoh warga kota balik kampung.

"Kami akan menambah perkhidmatan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur kepada tujuh perjalanan sehari pada musim perayaan ini.

"Setakat ini, harga tiket kekal sama Hari Raya ini," kata jurucakap syarikat bas eksekutif, Aeroline.

Beliau menambah, harga tiket dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya kekal RM60 sehala untuk dewasa, manakala bagi penumpang bawah 13 tahun dikenakan RM30 sehala.

Selain itu, pemeriksaan di kaunter tiket bus K.K.K.L Express pula mendapati perjalanan ke beberapa bandar di Johor seperti Muar dan Batu Pahat telah habis dijual.

Jurujualnya, Noor Ezlinda Zain berkata, jika permintaan meningkat beberapa hari sebelum Aidilfitri, pihak syarikat akan menambah bilangan bas dan pemandu.

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan sejumlah 333,000 tiket dijual untuk ETS dan perkhidmatan antara bandar sepanjang tempoh antara 24 Jun dan 17 Julai ini.

Pemeriksaan di laman web KTMB menunjukkan tiket untuk perjalanan dari KL Sentral ke Butterworth dan Kuala Lumpur ke Padang Besar sudah habis dijual, manakala dari Butterworth ke Kuala Lumpur masih ada.

Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , tiket , bas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan