Dr Rani Tak Akan Dikenakan Tindakan - PAS

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 5:52 PM

Dr Rani (kiri) ketika bersama Azmin dan Azhar pada majlis berbuka puasa, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: PAS tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan terhadap calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman kerana menghadiri majlis anjuran Pakatan Harapan, petang Selasa.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata, kehadiran Dr Rani di majlis berbuka puasa Pakatan Harapan adalah sebagai politik matang dan menghormati kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke majlis yang diadakan di negeri Selangor.

“Ini sebahagian daripada budaya dan politik matang. Oleh kerana yang hadir itu menteri besar, saya lihat tak ada masalah dia (Dr Rani) sebagai Adun, bersama-sama meraikan, ini satu politk baharu yang dibawakan oleh PAS.

“Kita dah bincang sebelum itu, memang kita rasa bahawa calon kita patut pergi. Menteri besar hadir semalam pun dia tak pakai baju warna atau logo mana-mana parti, dia pakai baju putih tapi kain hijau,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Iskandar juga kesal apabila timbul pelbagai fitnah dan dakwaan di media sosial ekoran tindakan Dr Rani yang hadir dan duduk semeja berbuka puasa dengan Azmin dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Ab Shukur.

Ini termasuklah penyebaran WhatsApp menyatakan Dewan Ulama PAS mengecam tindakan Dr Rani dan meminta supaya pengundi terutama pengundi PAS  tidak lagi menyokong PAS, sebaliknya beralih kepada Barisan Nasional (BN).

“Tak ada tindakan terhadap Dr Rani dan saya melihat apa yang diviralkan di media sosial sejak semalam sebagai tindakan terdesak oleh mereka yang mahu mengeksploitasi isu ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Rani yang turut hadir dalam sidang media ini sekali lagi mempertahankan tindakannya semalam sebagai politik matang.

“Seperti yang sudah diperjelaskan, itu adalah program menteri besar, saya pergi atas kapasiti sebagai Adun dan ia disambut baik oleh Azmin yang turut mendoakan saya,” katanya.

Dr Rani berkata, dia juga tidak kecewa apabila dituduh DAP sebagai mahu mendapatkan pendedahan media dan meraih undi penyokong dengan berbuat demikian.



iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan