BN Tidak Tabur Janji Manis Raih Undi - Annuar

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 10:12 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa pada Rabu menyangkal dakwaan Parti Amanah Negara (Amanah) bahawa pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak polis di daerah ini adalah hanya janji manis Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pembinaan MRSM itu adalah agenda yang pasti ditunaikan oleh kerajaan BN.

"Orang yang tuduh kita, dia tak tahu apa-apa sebab mereka tak pernah jadi kerajaan. Dia tak tahu apa proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan projek berskala besar seperti MRSM.

"Contohnya MRSM Bagan Datoh yang pembangkang dakwa BN tipu rakyat. Kini, ia dalam fasa ketiga rundingan dan pemberian tender akan dilakukan pada Oktober ini manakala pembinaan dijangka bermula tahun depan melibatkan peruntukan RM110 juta," katanya selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Surau Ehsaniah, Taman Sri Merchu di sini, Rabu.

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi yang mendakwa BN hanya menabur janji manis pilihan raya bagi memancing undi.

Sementara itu, Annuar berkata jentera BN terus bekerja keras dalam kempennya bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Selangor.

"Kita akan terus dekati pengundi dan sentiasa berwaspada dengan muslihat pembangkang yang menghasut pengundi di saat-saat akhir sebelum hari pengundian," katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara BN, PAS, Amanah dan Bebas di Kuala Kangsar dan persaingan tiga penjuru di Sungai Besar melibatkan BN, PAS dan Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian diadakan serentak pada 18 Jun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MRSM , Annuar Musa , PRK Kuala Kangsar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan