Permohonan Biasiswa India Dilanjutkan Sehingga 12 Julai

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup untuk pelajar Malaysia mengemukakan permohonan untuk 20 biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam perubatan tradisional di India dilanjutkan sehingga 12 Julai ini.

Suruhanjaya Tinggi India di sini, dalam kenyataan pada Rabu berkata pembiayaan pendidikan tersebut adalah di bawah Skim Biasiswa Ayurveda, Yoga & Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH) bagi sesi akademik 2016-2017.

Biasiswa bagi tempoh lima tahun setengah itu adalah termasuk yuran tuisyen, elaun sara hidup, geran kecemasan dan elaun sewa rumah.

Pemohon boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi Suruhanjaya Tinggi India (Bahagian Pendidikan) di talian 03-62052350 sambungan 203 atau e-mel di alamat edu@indianhighcommission.com.my. -BERNAMA


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan