Isu RM2.6 Bilion, GST Dipolitikkan, Tiada Kaitan 1MDB - Arul Kanda

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 2:54 PM

Arul Kanda (kanan) menjelaskan isu 1MDB serta menjawab soalan penjawat awam pada program anjuran JPM di Sekinchan, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SEKINCHAN: Isu RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad, tegas Arul Kanda Kandasamy.

Jelas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu,   isu-isu berkenaan telah dipolitikkan.

"Secara ringkasnya GST bukan untuk menampung hutang 1MDB. Aset 1MDB sentiasa melebihi hutangnya.

"Isu GST ni sebenarnya telah dipolitikkan, ia diwujudkan untuk menukar cara percukaian di Malaysia dan tiada kena-mengena dengan 1MDB," katanya.

Beliau menjawab soalan salah seorang penjawat awam yang hadir ke majlis Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam di sini, Rabu.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Arul Kanda menjelaskan, 1MDB telah membuat keputusan besar dengan menjual aset Edra Global Energy Bhd dan kini syarikat itu telah membayar lebih RM7 bilion hutangnya.

Katanya, bagaimanapun kini 1MDB mempunyai lebihan dana sebanyak RM2.3 bilion.

Arul Kanda turut ditanya sama ada isu derma RM2.6 bilion mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Kepada soalan ini, beliau turut menegaskan ia tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Malah katanya, penelitian dan siasatan terperinci yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga tidak dapat membuktikan perkaitan ini.

"Saya boleh katakan secara terang dan jelas tak ada dana 1MDB yang telah dibayar ke akaun peribadi perdana menteri. Ini fakta, bukan pendapat.

"Jika kita lihat penelitian PAC dan Laporan Ketua Audit Negara, tak ada sebarang bukti bahawa terdapat dana dari 1MDB dibayar ke akaun peribadi perdana menteri," katanya.

Sementara itu, penganjur majlis menafikan wacana ini diadakan sempena pilihan raya kecil di Sungai Besar.

Katanya, majlis ini telah dirancang lebih awal tetapi sering tertangguh sehinggalah ia ditetapkan pada hari ini.


Tags / Kata Kunci: Arul Kanda , 1MDB , Sekinchan , GST

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan