Tengku Abdullah Saran Penjawat Awam Wajib Bayar Zakat Guna Potongan Gaji

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan penjawat awam yang layak di negeri ini diwajibkan membayar zakat dengan kaedah potongan gaji pada setiap bulan.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, melalui cara itu kutipan zakat di negeri ini akan dapat dipertingkat sekali gus dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Ketika saya mengambil alih jawatan Yang Dipertua MUIP 32 tahun lalu, kutipan zakat yang direkodkan ketika itu hanya RM2 juta sahaja, namun hasil kesedaran umat Islam yang semakin meningkat tentang kewajipan mengeluarkan zakat ini, tahun lepas sahaja kita berjaya mengutip RM105 juta.

"Dengan mewajibkan kakitangan awam membayar zakat melalui potongan gaji, saya yakin kutipan akan bertambah dan saya sentiasa memastikan pengagihan wang zakat dapat dilakukan dengan sempurna kepada lapan asnaf seperti yang dituntut oleh agama Islam," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yag memerlukan di Masjid Kuala Tekal, Kerdau di sini Isnin.

Turut berangkat di majlis tersebut Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta anakanda baginda Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada majlis berkenaan 620 golongan asnaf termasuk warga emas dan fakir miskin menerima agihan wang tunai keseluruhan berjumlah RM163,000 selain turut menerima hamper barangan makanan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan