Tiada Keperluan Lantik Pemangku Menteri Besar Kedah - SUK

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 3:09 PM

Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Bakar Din keluar dari Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang selepas melawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiada keperluan untuk melantik pemangku jawatan Menteri Besar Kedah kerana proses pentadbiran negeri masih berjalan seperti biasa, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din.

Malah beliau berkata semua program dan aktiviti yang dirancang sebelum ini tetap dijalankan seperti biasa dengan kehadiran anggota exco kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Setakat ini sekiranya ada isu yang boleh ditentukan oleh pejabat pentadbiran, saya akan buat keputusan dan jika perlu, perbincangan bersama semua ahli exco akan diadakan.

"Tetapi sekiranya isu tersebut sangat penting baru saya akan berjumpa dengan beliau, namun kalau boleh kita tidak mahu mengganggu proses pemulihan beliau," katanya selepas majlis pelancaran Misi Prihatin Inovasi Sosial di Wisma Darul Aman, Selasa.

Ahmad Bashah masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas  menjalani pembedahan akibat komplikasi usus pada 6 Jun. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun.

Terdahulu, Bakar melepaskan konvoi Misi Prihatin Inovasi Sosial yang disertai pegawai daripada 12 bahagian pentadbiran di bawah pejabat SUK Kedah untuk membantu golongan sasar yang terdiri daripada pesakit-pesakit terlantar di 12 daerah seluruh Kedah.

"Program julung kali diadakan ini akan menggerakkan setiap unit pentadbiran untuk pergi ke satu daerah bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan keperluan perubatan seperti ubat-ubatan dan kerusi roda.

"Menteri besar telah memberi peruntukan sebanyak RM120,000 dan setiap daerah diperuntukkan dengan RM10,000. Seramai 240 pesakit akan menerima bantuan kali ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: SUK , Kedah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan