Proton Perdana Generasi Ke Empat Lebih Dinamik

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PROTON Holdings Bhd terus melakar sejarah lagi apabila memperkenalkan Proton Perdana generasi ke empat yang menampilkan dua varian berlainan iaitu 2.0 dan 2.4.

Kereta sedan eksekutif berkuasa tinggi tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Berdasarkan spesifikasi enjin, Perdana 2.0 didatangkan dengan SOHC 4 silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda dam 189Nm tork, manakala Perdana 2.4 menggunakan enjin DOHC dengan 4 silinder 16 injap yang mampu menghasilkan 178 kuasa kuda serta 222Nm tork.

Model terbaharu yang dilengkapi dengan reka bentuk dinamik ini telah ditawarkan pada harga RM113,888.00 untuk varian 2.0 dan RM138,888.00 bagi varian 2.4.

Kedua-dua varian menawarkan enam pilihan warna yang anggun iaitu Ruby Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.

Kereta ini boleh dilihat di semua pusat pameran Proton Edar di seluruh negara dan ia boleh ditempah dengan deposit hanya RM1,000.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1 800 888 398 dan pandu uji kereta Perdana ini di bilik pameran yang terpilih.



iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan