Tiada Pampasan Untuk Orang Awam Terjejas Banjir Di Ibu Kota

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memberi sebarang saguhati atau pampasan kepada pemilik kenderaan dan kediaman yang menanggung kerosakan harta benda akibat banjir kilat di ibu kota pada 2 Mei lepas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata ini kerana, hujan pada hari berkenaan adalah kejadian luar biasa dan di luar jangkaan.

"Kejadian itu juga diklasifikasikan sebagai bencana alam," katanya dalam jawapan lisannya kepada Senator Mohd Suhaimi Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Hujan lebat selama dua jam pada lewat petang hari itu menyebabkan banjir kilat teruk di sekitar Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dan Jalan Pantai Bahru (Universiti Malaya).

Sementara itu, beliau berkata kementerian itu menganggarkan peruntukan sebanyak RM92 juta diperlukan bagi mengatasi kejadian banjir kilat dan mengelaknya daripada berulang di ibu negara.

Peruntukan itu termasuk RM35 juta bagi kerja-kerja mengganti paip 'armco' sedia ada di dalam Taman Botani Perdana dan membina kolam takungan banjir dan pembetung berhampiran Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuhraya Sultan Iskandar dan jalan susur ke Parlimen.

Beliau berkata kos sebanyak RM50 juta juga diperlukan bagi kerja-kerja mendalamkan dan menaik taraf kolam takungan banjir di Jalan Pantai Bharu Universiti Malaya serta membina rumah pam di pertemuan Sungai Pantai atau Sungai Klang.

"Seterusnya, sebanyak RM2 juta diperlukan bagi membuat lencongan trafik dengan mengadakan sistem dan peralatan untuk makluman kepada orang ramai serta pihak terlibat selain kemudahan mekanisme penempatan kedudukan pesat untuk mewujudkan sistem komunikasi sebelum berlakunya banjir kilat," katanya.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menaik taraf sistem koordinasi Pusat Pengurusan Trafik (ITIS).

"Kamera litar tertutup dan skrin dinding akan dipasang serta digabungkan dengan talian optik dari ITIS ke Bilik Gerakan Bantuan Bencana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara langsung bagi tujuan pemantauan petugas," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan