Nancy: PM Belum Tetap Tarikh Laksana Akta MKN

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:13 AM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum menetapkan tarikh bagi penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. 

Nancy berkata, Akta MKN itu telah diwartakan pada 7 Jun lepas. 

Beliau berkata, Rang Undang-undang (RUU) berkenaan menjadi undang-undang setelah ia melepasi tempoh tiga puluh hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.   

"Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Pada 17 Februari tahun ini, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-240, selepas dipersembahkan taklimat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Istana Negara, berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi. 

RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara, pada 22 Disember 2015. 

Nancy berkata, menurut subseksyen 1(2) Akta MKN 2016, akta itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Perdana Menteri dan tarikh itu akan diterbitkan dalam Warta berkenaan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Nancy Shukri , MKN

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan