“Adam Mukhriz Terlalu Rindukan Ibunya” - Kakak Noriah

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kenangan bersama Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon tidak pernah luput daripada ingatan ahli keluarga dan penduduk di Sungai Besar, walaupun pemergiannya kini menjangkau hari ke-40.

Kakaknya, Sunarsih Kasnon, 55, berkata kerinduan terhadap Allahyarham semakin terasa ketika umat Islam menyambut Ramadan.

Katanya, kedatangan Ramadan kali ini disambut sederhana, malah setakat ini tiada sebarang persediaan dibuat sama ada beliau atau ahli keluarga terdekat untuk menyambut Aidilfitri.

“Saya tak pernah rasa dia sudah pergi, saya masih tidak dapat lupakannya. Luaran nampak saya macam OK, tapi dalam hati tiada siapa yang tahu,” katanya kepada mStar Online.

Beliau ditemui ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin yang diadakan di sini, selepas pemergian Noriah yang masuk hari ke-40, Isnin.

Sunarsih hadir ditemani suaminya, Hassan Awang, 57 dan anaknya, Nurain Atiqah, 25.

Anak ketiga daripada lapan adik-beradik itu berkata,  seluruh ahli keluarga masih bersedih dengan apa yang berlaku, termasuk anak angkat Noriah yang baru berusia tiga tahun, Adam Mukhriz.

Adam Mukhriz bersama ahli keluarga ibunya, Ummu Hani Asaidah Abdullah.

Sunarsih berkata, Adam Mukhriz kini dijaga oleh seorang lagi kakak Allahyarham yang tinggal di Shah Alam.

“Kalau nak cakap dengan dia mama dah tak ada pun dia tak faham sebab dia masih kecil. Yang dia tahu, biasa mama dia balik seminggu sekali, bila dia nampak kereta dia ingat mama balik.

“Kalau saya pergi ke rumahnya dan bunyikan loceng, dia mesti ingat mamanya sudah balik, tapi bila dia nampak saya mukanya nampak kecewa,” katanya dalam nada sebak.

Noriah dan suaminya, Asmuni Abdullah ketika hayat mereka.

Beliau berkata, hanya masa yang dapat mengubat kerinduan si kecil itu dan ahli keluarga yang lain.

“Kalau saya pun tak boleh lupa, apatah lagi anak-anaknya. Minggu lepas saya mimpi arwah dan anak-anaknya pun sama juga ada mimpi arwah,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kenduri arwah telah diadakan di masjid berdekatan rumahnya pada Sabtu dan anak-anak Noriah turut hadir.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Noriah, Azizah Abd Kadir berkata, beliau yang rapat dengan keluarga Noriah tidak dapat menahan kesedihan pada hari pertama Ramadan.

“Dia selalu minta saya masakkan rendang hijau atau rendang mentarang yang menjadi kegemarannya pada bulan puasa, tapi kali ini semua itu sudah tiada,” katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun ini berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu. Turut terkorban suaminya, Asmuni Abdullah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan