1MDB: IPIC, Aabar Kemuka Permintaan Timbang Tara

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS dari Abu Dhabi mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London, menurut 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat itu berkata, pihaknya dan penasihat undang-undangnya akan meneliti RFA sebaik ia menerima satu salinan.

Dana pelaburan strategik itu menegaskan bahawa tanpa mengambil kira pertikaian dengan IPIC, ia mempunyai kedudukan mudah tunai yang kukuh dan mampu melunaskan obligasi hutang semasanya.

Menurut kenyataan kepada Bursa Saham London oleh IPIC GMTN Limited, RFA melibatkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS).

Kegagalan 1MDB dan MOF Inc untuk melaksanakan kewajipan mereka, menyelesaikan keingkaran mereka atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima menyebabkan IPIC berada pada kedudukan yang ia perlu meneruskan tuntutannya melalui timbang tara.

Jumlah yang dituntut oleh IPIC/Aabar adalah kira-kira RM26.5 bilion.

Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan Peraturan LCIA.-Bernama

Tags / Kata Kunci: IPIC , Aabar , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan