Sultan Ibrahim Keluar Hospital

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:40 PM

Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Aminah pada pagi Isnin.

"Sultan telah dimasukkan ke Wad Diraja pada petang Jumaat lalu kerana jangkitan virus dan gastritis. Baginda telah pulih dengan baik dan dijangka meneruskan jadual penuhnya tidak lama lagi.

"Baginda berterima kasih di atas semua doa dan ucapan kembali sembuh," menurut satu kenyataan di halaman Facebook Sultan Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau ada melawat Sultan Ibrahim di hospital.

"Saya ada melawat Sultan selepas dimaklumkan mengenai keadaannya. Baginda dalam keadaan stabil," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sultan Ibrahim , Sultan Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan