Saya Tidak Ganggu Pemandu Teksi - Pemandu Grab

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab, nafi mengancam dua pemandu teksi warga tua di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah di sini.

Hanif Iman Abdullah, 45, berkata dia hanya berada di lokasi tersebut kerana rakannya yang merupakan seorang pemandu Uber memanggil untuk mendapatkan bantuan selepas dikelilingi tujuh pemandu teksi pada pukul 5.30 petang pada Sabtu lalu.

"Seorang pemandu teksi merampas kunci keretanya dari suis. Saya memberitahu mereka bahawa saya datang dengan baik dan meminta mereka untuk memulangkan kunci kereta.

"Sebaliknya mereka menjadi agresif," katanya ketika dihubungi.

Hanif Iman menambah bahawa dia tidak menaikkan suaranya sebaliknya bercakap dengan cara yang baik untuk menenangkan pemandu teksi.

"Tetapi mereka mendakwa saya menyerang mereka dan ini adalah tidak benar.

"Saya membuat laporan polis untuk menjelaskan keadaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu teksi dan pemandu perkhidmatan perkongsian tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tags / Kata Kunci: Teksi , Grab

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan