Santai Bersama Budiman: "Dua Jam Tidur, Hilang 2Kg, Demi 3,000 Pengundi"

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARISAN Nasional (BN) telah memilih Budiman Mohd Zohdi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Budiman, 44, dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar dan kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang. Beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikuti temubual santai Budiman bersama mStar Online.

Perasaan YB ketika dapat tahu dipilih sebagai calon?

- Saya rasa sangat teruja dan  anggap ini sebagai satu amanah. Ada kepercayaan daripada pucuk pimpinan parti dan saya harus membayar kepercayaan ini dengan kemenangan.

Apakah reaksi YB seterusnya?

- Kita terus menggerakkan jentera kempen. Alhamdulillah saya dapat sokongan yang baik daripada kawan-kawan, daripada komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC.

YB mempunyai kelebihan sebagai calon tempatan. Sejauh mana YB faham tentang Sungai Besar?

- Sungai Besar ni dia sederhana, kita tak terlalu agresif, aman, damai dan sentosa. Politiknya pun bukan politik kebencian. Ada juga dalam sebuah rumah, mereka mempunyai pandangan politik yang berbeza.

Sungai Besar, gambarkan lima perkara yang terlintas di fikiran YB sekarang.

- Sedap…sebab makanan, selesa, sederhana, ‘simple’, seronoklah…fun. Ada 5S.

Hobi/minat YB?

- Saya banyak membaca. Saya suka ‘travel’ sebenarnya, tapi bila jadi wakil rakyat ni begitu kurang sangat saya dapat melancong.

Makanan kegemaran YB?

- Saya ni lelaki yang ringkas. Saya ada nasi, kicap, ikan goreng, sambal belacan, ada sayur…cukuplah!

Kalau untuk sahur dan berbuka?

- Kerana sekarang ni musim kempen, kebanyakan waktu sahur dan berbuka saya di luar dari rumah. Di Facebook saya ada tulis saya rindu masakan mak saya, mereka masih ada lagi di sini. 

‘Port’ lepak atau kedai kopi kegemaran YB?

- Tempat lepak saya satu saja, saya suka lepak petang-petang di kedai soto di Sungai Besar. Orang kat sini tahulah nak cari saya kat mana.

YB seorang yang…

- Saya seorang yang ‘enjoy’ dengan kehidupan saya, kuat bergurau tapi saya komited dalam kerja.

Bagaimana tidur YB sepanjang tempoh berkempen? 

- Dalam kempen ni saya hanya tidur sekitar dua jam. Macam hari ni saya tidur pukul 4 pagi, pukul 6 saya dah bangun balik, saya buat walkabout. Saya ada sasaran jumpa dengan 3,000 pengundi setiap hari.

Sebelum tidur apa yang difikirkan?

- Biasanya saya cuci tangan, cuci kaki, baca doa tidur. Biasanya sebelum tidur saya akan membaca dan biasanya saya akan terlelap dengan buku.

Berat badan YB turun sejak berkempen?

- Ya, ada! Saya ingat dalam 2-3 kg jugalah. Sebenarnya selepas arwah Datuk Noriah Kasnon meninggal lagi, sampailah sekarang. Tapi ‘it’s good’ lah! Tapi ada orang kata nampak macam ‘budak simple’ sangat, sebab tak gemuk kan…biasa kan saya gemuk sikit. Saya tak kisah macam mana pun.

Politik Malaysia...?

- Politik Malaysia ni di luar dari jangkaan biasa.

Pembangkang di Malaysia...?

- Pembangkang di Malaysia menyemai benih kebencian

YB minat hiburan? Siapa artis/rancangan kesukaan YB?

- Minat. Saya punya muzik ni kalau ‘local’ rock yang mempengaruhi saya, Search lah. Tapi kalau Indonesia saya lebih kepada balada macam Rossa, Kris Dayanti. Saya minat muzik, itu sebab kalau mana-mana kenduri kahwin, saya diminta nyanyi. Saya boleh nyanyi ikut ‘live band’ dan saya boleh nyanyi karaoke.

YB tidak ditemani isteri ketika berkempen?

- Saya dan isteri punya personaliti berbeza. Dah tentu dia tak minat politik, dia bukan orang politik. Dia lebih gemar untuk mengurus rumahtangga.

Perkara pertama yang YB akan buat jika menang PRK ini?

- Pertama sekali saya ada janji di sebuah surau untuk majlis buka puasa. Jadi kalau saya menang esoknya tu saya kena janji pergi surau tu untuk buka puasa.

Perubahan pertama yang akan dilakukan di Sungai Besar jika menang?

- Saya akan meluaskan perkhidmatan saya ke Sekinchan.

Tags / Kata Kunci: Budiman Mohd Zohdi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan