Polis Terengganu Bantu Balu, Pesara Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 11:47 AM

Rosli (tengah) bersama pegawai dan anggota polis Terengganu.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu merancang membantu meringankan beban golongan balu dan pesara anggota polis di pelbagai daerah sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata sebelum ini pihaknya memberi fokus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim namun setelah mengambil kira keadaan semasa, beliau berhasrat memperluaskannya kepada golongan lain.

"Setiap tahun kita akan menyampaikan bantuan dan meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa...walaupun kami sibuk bertugas demi menjaga keselamatan namun kami tetap tidak lupa bagi membantu dan meringankan mereka yang memerlukan.

"Selain anak yatim dan OKU, kita juga akan membantu golongan pesara dan balu polis...ia sedikit sebanyak dapat membantu meringan beban yang ditanggung mereka," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga polis di sini, Ahad malam.

Rosli berkata bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini.

Pada majlis berkenaan seramai 30 anak yatim dari dari Darul Akhyar, Batu Rakit dan 10 OKU yang terdiri daripada anak anggota diraikan pada majlis berbuka puasa bersama warga Polis Terengganu.

Menurut Rosli program sedemikian mampu mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat selari dengan konsep polis bersama masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan