Najib Mahu Media Bantu Wujud Masyarakat Pemikir

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 10:03 PM

Najib bersama Rosmah ceria bergambar bersama kakitangan ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di Utusan Melayu, Isnin malam. Foto RICKY LAI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media membantu kerajaan membina masyarakat pemikir atau 'thinking public' dalam usaha Malaysia menuju status negara maju.

Beliau berkata, pihak media perlu bersama kerajaan dalam usaha tersebut dengan menyemarakkan nilai keintelektualan dalam kalangan rakyat.

Dalam proses negara untuk lebih maju dan ke hadapan, tahap pemikiran rakyat mesti dididik untuk menjadi masyakarakat pemikir atau 'thinking public', katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, Isnin malam.

"Kita (media) ada tanggungjawab besar bukan semata-mata nak hangatkan sesuatu, bukan nak sensasikan berita apatah lagi berita palsu. 

"Kalau kita (kerajaan) guna Akta Multimedia (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) untuk ambil tindakan penguatkuasaan kerajaan akan dituduh sebagai terlalu diktaktorial. Kalau tidak mengambil tindakan, media akan lapor sewenang-wenangnya sesuatu cerita ini dan akhirnya rakyat rosak, negara punah," katanya.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menteri-menteri kabinet, Pengerusi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan wakil-wakil organisasi media cetak, eletronik, dan media sosial tempatan.

Najib berkata, beliau berharap pengamal media membuat liputan secara lebih seimbang dan tidak berkepentingan supaya berita yang dihasilkan benar-benar berlandaskan fakta.

"Peranan media perlu menyampaikan berita tepat, benar dan bertanggungjawab dan dalam konteks persekitaran hari ini, (dan) perlu cepat.

"Kalau itu dapat dijadikan sebagai pegangan, makna media juga mainkan peranan dalam bantu kerajaan dan negara untuk capai hasrat kita untuk memakmurkan rakyat dan mencapai agenda besar untuk jadi negara maju," katanya. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan