Mangsa Culik Abu Sayyaf Dijangka Dibawa Pulang Ke Sarawak Esok

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan pada Rabu lepas dijangka dibawa pulang ke Sarawak esok.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk proses dokumentasi hampir selesai.

"Polis ambil keterangan untuk kenal pasti siapa yang culik kesemua mereka dan beberapa perkara lain. Kita hampir selesai ambil keterangan mereka.

"Mereka dijangka dibawa ke Sarawak esok dan polis akan uruskan proses membawa pulang mereka," katanya kepada Bernama.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lepas.

Pada 9 Jun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan  berkata kesemua mereka yang dibebaskan sedang berada di Sandakan, Sabah untuk pemeriksaan kesihatan.

Pada Jumaat, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat individu terbabit mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.

Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.

Tags / Kata Kunci: Culik , Abu Sayyaf

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan