Jenazah Dollah Kok Lanas Selamat Dikebumikan Di Kok Lanas

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 1:02 PM

Adhha Amir, 47, anak sulung Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad, menyiram air mawar di pusara ayahandanya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayesha, Kok Lanas pada Isnin. Wartawan dan ahli politik veteran itu adalah bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Allahyarham meninggal dunia pukul 1.15 tengahari kelmarin di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat kanser esofagus pada usia 83 tahun

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jenazah bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan Sri Abdullah Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayesha, Kok Lanas di sini.

Jenazah Allahyarham Abdullah, 83, selamat disemadikan pada pukul 11.30 pagi selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan yang dibina oleh Abdullah.

Allahyarham meninggal dunia pukul 1.15 tengah hari semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat penyakit kanser.

Dari kediamannya di Jalan U-Thant Kuala Lumpur, jenazah Allahyarham dibawa ke Subang untuk diterbangkan dengan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan kemudiannya dibawa dengan van jenazah ke Masjid Ayesha.

Hadir sama di majlis pengebumian itu ialah isteri Allahyarham, Puan Sri Fauzah Mohamed Derus dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Adhha Amir, 47; dan Ahmad Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Hamdia Munirah, 45.

Turut hadir Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad serta anggota keluarga, rakan dan penduduk sekitar Kok Lanas.

Sementara itu, Fauzah berterima kasih kepada semua pihak termasuk TUDM yang membantu melancarkan majlis pengkebumian jenazah suaminya yang turut dikenali sebagai 'Dollah Kok Lanas'.

"Kami tidak dapat membalas jasa baik semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham. Suami saya telah kembali ke rahmatullah dengan mudahnya dengan izin Allah SWT, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," katanya.

Beliau berkata Allahyarham telah membuat wasiat supaya jenazahnya dikebumikan di Kelantan iaitu di kawasan Masjid Ayesha yang dibinanya selain meminta anggota keluarga menguruskan masjid tersebut selepas pemergiannya.

"Saya bersyukur kerana dapat menunaikan wasiat arwah supaya jenazahnya dikebumikan di sini, Alhamdulillah, syukur," katanya.

Mengenai masjid yang dianggarkan bernilai RM6 juta itu, Fauzah berkata Allahyarham seorang yang suka membuat kebajikan dan selain pembinaan masjid tersebut sudah terdapat tiga surau yang dibina di kawasan Machang.

Beliau berkata selain sumbangan dari Allahyarham, pembinaan masjid tersebut juga hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sahabat-sahabat Allahyarham.

"Beliau sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan sumbangan bagi pembinaan masjid ini termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sahabat-sahabat Allahyarham, ini kerana beliau tidak mahu bergantung kepada dana dari Majlis Agama Islam yang sudah banyak tanggungjawabnya," katanya.

Imam 1 masjid tersebut, Abdul Hashim Abdul Aziz berkata Allahyarham Abdullah adalah seorang dermawan dan mengambil berat mengenai kebajikan terutamanya penduduk di sekitar Kok Lanas.

"Arwah beli tanah ini (tapak masjid) dan mewakafkannya untuk dibuat masjid, sekarang ini ramai jemaah beribadat di sini tambahan pula ia terletak ditepi jalan utama Kota Baharu-Machang," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kok Lanas, Nik Zamri Nik Man berkata Allahyarham telah mempopularkan Kok Lanas kerana beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Dollah Kok Lanas'.

Beliau berkata walaupun Allahyarham banyak tinggal di Kuala Lumpur namun boleh dikatakan setiap bulan beliau pulang ke Kok Lanas dan destinasi utamanya ialah di masjid itu untuk bertemu dan bertanya khabar bersama para jemaah.

Tags / Kata Kunci: Dollah Kok Lanas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan