Jangan Beli Mercun Dalam Talian

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.

Individu yang menjualnya lebih-lebih sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penjualannya adalah haram dan merupakan satu kesalahan.

"Namun setakat ini pihak polis masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada polis dalam kes penjualan mercun menerusi dalam talian sekiranya perlu.

Menurutnya antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti suspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya tujuh laman sesawang yang  beroperasi menerusi laman web serta laman sosial dan aplikasi telefon pintar WhatsApp dan Instagram.

Laman sesawang berkenaan memuat naik gambar pelbagai jenis mercun antaranya mercun mancis, bola, naga, padi, das, thunder clap dan roket yang dijual antara RM3 sehingga RM260 sekotak bergantung pada saiz.

Tujuh laman terbabit menggunakan nama seperti Mercun Raya 2016, Mercun RAYA 2016 Baru, Bungapi  and  Mercun@skyblast, Mercun Online Store (mercun_online), mercun_bunga_api_lcm, Kedai Bunga Api Raya dan Mercun Raya.

Modus operandi mereka ialah dengan meminta orang ramai membuat pilihan jenis mercun yang dipaparkan dan kemudian menghubungi mereka untuk membuat tempahan.

Ketika wartawan Bernama menghubungi beberapa laman sesawang tersebut, beliau  diminta untuk membuat pembayaran menerusi akaun bank dan diberi pilihan sama ada mahu menerima tempahan secara serahan tangan atau secara pos.

Antara mercun yang ditawarkan ialah mercun bola, mercun naga dan mercun roket yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan boleh mencederakan orang.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Mercun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan