DCA Batalkan Sijil Pengendali Udara Rayani Air

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah membatalkan Sijil Pengendali Udara (AOC) Rayani Air setelah melakukan siasatan penuh terhadap audit pentadbiran dan keselamatan syarikat penerbangan itu.

"Dengan ini, AOC bernombor 54 Rayani Air adalah dibatalkan setelah jawapan yang diberi Rayani Air terhadap satu penyiasatan dikaji dengan teliti, " kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (gambar), dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata syarikat penerbangan patuh syariah itu diberi peluang mengemukakan representasi terhadap satu siasatan pada 12 Mei, sejajar dengan Peraturan 193 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

"Sejajar dengan ini, Rayani Air dikehendaki memulangkan Sijil Pengendali Udara (AOC) itu kepada Ketua Pengarah DCA dalam masa 14 hari mulai tarikh notis pembatalan ini dikeluarkan," katanya.

DCA adalah pengeluar AOC di Malaysia, sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. AOC memberi pengesahan tentang aspek teknikal dan keselamatan dalam operasi sesebuah syarikat penerbangan.

Azharuddin berkata DCA dan Kementerian Pengangkutan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dalam perkara berkenaan memandangkan keselamatan dalam industri penerbangan merupakan perkara yang amat penting.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Mavcom berkata ia telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air.

"Rayani Air tidak lagi boleh beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial berkuat kuasa hari ini," katanya.

Mavcom mendapati Rayani Air telah melanggar syarat ASL dan kurang berkemampuan dari segi kewangan dan pengurusan untuk terus beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Menurut laman sesawang Mavcom, ASL diperlukan untuk mengangkut penumpang, surat atau kargo secara sewaan atau diberi untuk sesuatu perjalanan berjadual antara dua atau lebih tempat, sekurang-kurang satu daripadanya adalah di Malaysia.

Ia juga menyatakan bahawa ASL hanya diberi kepada pemohon yang memiliki AOC yang dikeluarkan DCA.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan