Biarkan Tun M, Rakyat Lebih Tahu - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:52 PM

Mohamed Nazri Aziz.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen untuk pembangkang sebagai isu besar.

Katanya, apa yang dilakukan bekas perdana menteri itu tidak menyalahi undang-undang negara dan parti.

"Saya rasa kita tak perlu cakap banyak sangatlah sebab dia menggunakan platform ini untuk nak jatuhkan perdana menteri, saya rasa ini demokrasi.

"Biarlah, saya rasa tidak salah dia nak menggunakan pilihan raya kecil (PRK) seperti ini sebagai usaha nak menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, petang Isnin.

Nazri mengulas tindakan Dr Mahathir yang kini berkongsi pentas kempen dengan pembangkang, termasuklah dengan musuhnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri berkata, Dr Mahathir telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Umno, justeru beliau mempunyai hak untuk menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja.

Bagaimanapun katanya, rakyat dapat membuat penilaian terhadap apa yang telah dilakukan bekas pemimpin negara ini.

"Kita dah kenal siapa dia sebab dia dah isytiharkan diri keluar daripada Umno dan apa yang dibuat sekarang tidak salah di sisi undang-undang, ia hanya menggambarkan hak demokratik untuk sesiapa saja dia nak sokong.

"Bagi saya biarlah, rakyat lebih mengetahui," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan