Bandar Diraja Kuala Kangsar Bakal Dikenali Bandar Ilmu - Zambry - Berita Semasa | mStar

Bandar Diraja Kuala Kangsar Bakal Dikenali Bandar Ilmu - Zambry

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:45 PM

Foto gambaran.fotopages.com

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kuala Kangsar, yang terkenal sebagai Bandar Diraja, bakal dikenali sebagai Bandar Ilmu menerusi pelbagai perancangan pembangunan pendidikan di daerah ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, rancangan menjadikan Kuala Kangsar sebagai bandar ilmu adalah berikutan pelbagai pusat kecemerlangan pendidikan sedia ada di sini, selain pemberian status universiti kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).

"Kuala Kangsar merupakan gedung ilmu dengan sekolah-sekolah hebat terdapat di sini seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

"Tambahan pula dengan penaiktarafan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) sebagai universiti, ia melonjakkan lagi Kuala Kangsar sebagai bandar ilmu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat di Dewan Chiau Hooi Beo di Jalan Talang di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan.

Pemberian status univerisiti kepada KUISAS diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke Kuala Kangsar Jumaat lepas.

Zambry turut meminta pengundi di Kuala Kangsar supaya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Beliau berkata, Mastura adalah calon terbaik bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan Parlimen itu, yang sebelum ini disandang suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Parti Amanah Negara dan Bebas. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan