Pelatih Juruterbang Bakal Kendali Simulator Tercanggih Di Asia Pasifik

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAKAL juruterbang kini akan lebih yakin mengendalikan pesawat apabila menjalani latihan di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia (AACE) menggunakan simulator penerbangan terbaharu di Asia Pasifik.

Bernilai RM40 juta yang dilengkapi perisian tercanggih yang membolehkan penerbangan dilakukan pada altitud yang lebih rendah berbanding aras biasa, ia dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif  AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Ciri terbaru yang dimiliki simulator penerbangan A330 CAE 7000XR ini menawarkan visual berteknologi tinggi yang mampu  memberi isyarat visual yang menyeluruh kepada bakal juruterbang melalui imej satelit, persekitaran lapangan terbang yang dinamik serta pangkalan data dunia secara berterusan. 

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Upset Prevention and Recovery Training (UPRT) yang direka bagi memberi panduan terhadap tindak balas yang perlu dilakukan jika terdapat sebarang kesalahan semasa mengendalikan pesawat.


Tags / Kata Kunci: simulator , AACE , Tony Fernandes , AirAsia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan