Warga Kota Mula Banjiri Terminal Bas Beli Tiket Raya

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun baru memasuki minggu pertama Ramadan, suasana di terminal bas utama di ibu negara sudah agak sesak dengan orang ramai yang mula membeli tiket bas pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Tinjauan Bernama di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini, mendapati ramai warga kota beratur panjang sebaik kaunter dibuka untuk mendapatkan tiket bagi perjalanan ke selatan, utara dan pantai timur tanah air.

Golongan muda terutamanya pelajar universiti dan kolej dilihat sebagai majoriti pembeli yang memenuhi ruangan kaunter pembelian tiket.

Bagi pelajar tahun dua Universiti Kuala Lumpur, Nur Shahidah Ahmad, 23, beliau bercadang pulang ke kampung halaman di Johor Baharu seminggu sebelum Aidilfitri berikutan cuti semester yang agak panjang.

"Biasanya kalau beli awal-awal macam ni tiket masih ada lagi dan kita boleh pilih tarikh dan waktu perjalanan yang kita nak," katanya kepada Bernama di sini.

Bagi penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Ahmad Firdaus Rahmat, 25, yang menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan, sependapat dengan Nur Shahidah.

"Saya akan pastikan beli tiket awal pada setiap tahun menjelang Aidilfitri bagi mengelakkan kehabisan tiket dan terpaksa menggunakan khidmat bas tambahan," katanya yang akan pulang ke Melaka.

Sementara itu pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 28, berkata beliau tidak mempunyai cuti yang panjang untuk perayaan Aidilfitri kali ini kerana baru memulakan kerja.

"Saya mula cuti Selasa dan akan pulang semula ke ibu kota pada Jumaat...saya risau kalau tiket tidak dibeli awal, akan ia habis," katanya yang sanggup berbelanja lebih jika tiket habis, semata-mata mahu pulang beraya bersama keluarga di Kelantan.

Bagi Aminuddin Mustafa, 28, kakitangan kerajaan yang berasal dari Kedah berkata beliau sering menggunakan pengangkutan awam seperti bas ketika musim perayaan bagi mengelak kesesakan jalan raya.

"Saya akan beli tiket awal bagi mengelakkan kehabisan tiket selain dapat membuat persediaan untuk pulang beraya ke kampung," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sani Ekspres Abu Bakar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua tiket bas keluaran syarikatnya ke Kelantan sudah habis dijual sejak beberapa hari lalu.

"Kami mula jual tiket pada pertengahan Mei lepas sehingga tiket habis dan kita dapati tarikh pilihan bermula dari 30 Jun hingga 4 Julai," katanya menambah syarikatnya tidak bercadang mengadakan perkhidmatan bas tambahan pada musim perayaan ini dan akan menggunakan jumlah bas sedia ada," katanya.

Sementara itu Pengurus Utama Ekspres Sdn Bhd Tajudin Mohd Yunos berkata jualan tiket ke Kuantan, Alor Setar, Butterworth dan Ipoh masih kurang mendapat sambutan, meskipun ia mula dijual seminggu sebelum Ramadan.

"Mungkin trend pembeli nak beli pada saat-saat akhir atau dah nak dekat Aidilfitri, tapi kita percaya jualan akan penuh juga nanti," katanya.

Petugas kaunter tiket Causeway Link Mohd Nizamer Mohd Azli berkata sambutan jualan tiket setakat ini masih perlahan walaupun tiket mula dijual minggu lepas.

"Tiket ke Johor Baharu sahaja yang banyak dibeli setakat ini, yang lain mungkin pertengahan Ramadan," katanya menambah tiada sebarang kenaikan pada harga tiket kali ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan