Ramadan Bawa Rezeki Tambahan Kepada Penyadap Tuak

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Bulan Ramadan sentiasa menjanjikan pendapatan tambahan kepada penyadap 'tuak' kelapa di Kelantan kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat minuman itu.

Namun usah salah faham. Minuman yang dijual itu bukanlah daripada jenis memabukkan namun ia amat sinonim dengan panggilan 'tuak' di negeri ini.

Minuman tuak atau nira yang rasanya manis dan berbau harum serta dipercayai mampu menyejukkan badan itu begitu popular di Kelantan terutama sepanjang Ramadan.

Penyadap tuak, Izani Mokhtar, 48, berkata dia mampu memperoleh sebanyak RM40 dan RM50 sehari hasil jualan minuman itu ketika Ramadan.

"Sepanjang Ramadan saya tidak perlu menjaja ke merata kampung kerana penggemar air tuak datang ke rumah pagi dan petang untuk mendapatkan air tuak segar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Gong Ketereh di sini, Sabtu.

Izani berkata, dia hanya mengambil masa tiga jam pada setiap pagi dan petang untuk menyadap 10 pokok kelapa di sekeliling rumahnya bagi mendapatkan minuman tersebut.

Beliau berkata air tuak diperolehi daripada mayang kelapa dengan memotong hujungnya yang telah diikat dengan tali untuk dibengkokkan selama beberapa minggu.

Katanya walaupun letih kerana berpuasa, namun tetap memanjat pokok kelapa setinggi antara 10 dan 15 meter semata-mata untuk memenuhi permintaan tinggi penggemarnya terutama pada Ramadan ini.

"Berikutan itu, saya cuti selama sebulan sebagai tukang rumah bagi melakukan pekerjaan menyadap kelapa ini untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Sementara itu, seorang anggota tentera Ahmad Faizal Fauzi, 36, yang berasal dari Kampung Gong Kulim di sini, berkata beliau menggemari minuman itu kerana dapat menyegarkan badan terutama ketika berbuka puasa.

"Tambahan pula jika dapat minum air tuak asli yang tidak dicampur dengan air gula. Ia sungguh memuaskan," katanya ketika ditemui sedang membeli air tuak di rumah Izani.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: 'tuak' , Kelantan , Izani Mokhtar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan