3,000 Tiket Kereta Api Khas Hari Raya Ke Pantai Timur Dijual Mulai Selasa - Berita Semasa | mStar

3,000 Tiket Kereta Api Khas Hari Raya Ke Pantai Timur Dijual Mulai Selasa

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 tiket kereta api khas hari raya ke Pantai Timur iaitu laluan Tumpat-Kuala Lumpur-Tumpat akan dijual kepada orang ramai mulai Selasa ini.

Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antarabandar, Mohd Noordin Kimi berkata, kereta api yang dijenamakan semula sebagai "Eastern Holiday Train” akan beroperasi dari 23 Jun hingga 11 Julai.

"Tren khas ini sebenarnya dirancang beroperasi pada hujung minggu bagi mempromosikan sektor pelancongan di Kelantan dan Pahang.

"Namun sempena hari raya, KTMB memutuskan supaya kekerapan jadual tren ini ditingkatkan bagi menampung permintaan penumpang yang mahu pulang ke kampung," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Pada Mei lepas, KTMB memulakan semula laluan kereta api Ekspres Timuran ke Tumpat dari Johor Bahru setelah jambatan Kemubu, Kuala Krai, Kelantan yang rosak teruk akibat banjir, selesai dibaik pulih. 

Mohd Noordin berkata, perkhidmatan kereta api khas hari raya itu juga diberi nilai tambah apabila penumpang akan menerima dua set hidangan makanan serta cendera hati. 

Dalam pada itu, Mohd Noordin berkata, 102,596 tiket keretapi bagi KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dari 1 hingga 5 Julai yang kebanyakannya melibatkan perjalanan dari Gemas dan Kuala Lumpur menuju ke utara sudah habis dijual.

Laluan ke sektor utara itu antaranya melibatkan destinasi seperti Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.

"Bagaimanapun, tiket dari sektor utara seperti Padang Besar, Butterworth serta Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan Gemas masih banyak bagi tempoh berkenaan," katanya.

Sempena Aidilfitri, KTMB menyediakan 333,000 tiket untuk perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar bermula 24 Jun lalu hingga 17 Julai ini. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan