Hanya Perlu Penuhi Syarat Tertentu Untuk Jalankan Perniagaan Di Rumah

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 12:16 PM

Azlan Man

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man pada Ahad menjelaskan individu yang menjalankan perniagaan di rumah hanya perlu memenuhi syarat tertentu dan harus memperolehi permit daripada Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Katanya dasar itu dibuat lebih setahun lepas bertujuan memberi peluang kepada rakyat Perlis menambah pendapatan namun perlu mempunyai permit yang sah.

Hanya jenis-jenis perniagaan tertentu dibenarkan iaitu yang tidak mengotorkan persekitaran dan tidak mengganggu jiran, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan Bernama pada Jumaat lepas bahawa kerajaan negeri akan memastikan syarat yang membenarkan peniaga dan individu menjalankan perniagaan di rumah memiliki permit daripada MPK dikuatkuasakan sepenuhnya, adalah tidak  tepat dan mengelirukan.

"Saya hanya menyebut kerajaan negeri membenarkan lebih setahun lalu untuk individu menjalankan perniagaan di atau dari rumah bagi membolehkan mereka menambah pendapatan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat tertentu dan harus memperoleh permit perniagaan daripada MPK," katanya.

Laporan mengenai kenyataan Azlan itu yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial Facebook telah mendapat kritikan. 

Tags / Kata Kunci: Perlis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan