Mangsa Penipuan Dokumen Tampil Kongsi Cerita

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen semakin berleluasa selepas sijil palsu dan ijazah yang mencurigakan dibongkar.

Selepas mendapat sijil atau ijazah palsu, timbul pula penipuan terbaharu ialah kad keahlian palsu untuk menyertai badan profesional yang direka oleh individu terbabit.

Sebelum ini Sunday Star ini malaporkan mengenai ejen pendidikan yang memberi jaminan seseorang itu layak mengikuti kursus-kursus yang sukar diperolehi dengan membuat bayaran tertentu.

Dan kini, tanpa sebarang kelayakan, suspek berkomplot cuba membawa mangsa menyertai salah sebuah badan profesional iaitu Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Kes tersebut terbongkar apabila dua mangsa yang mendakwa diri mereka 'Datuk Seri Dr', dan bakal menjadi doktor perubatan turut ditipu dengan pembelian produk mahal yang tidak memberi sebarang kesan.

"Kami telah memeriksa dengan pegawai MPS yang pantas mengesahkan keahliannya menerusi telefon tanpa sebarang pengesahan lain.

"Bagaimana seorang yang bukan lulusan farmasi boleh berada dalam persatuan profesional? Bagaimana sekiranya kami mati apabila menggunakan produk yang dijualnya itu?,"ujar kedua-dua individu yang enggan mendedahkan identiti sebenar mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan dan Presiden Majlis Perubatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Farmasi yang merangkumi semua peraturan masih dalam perbincangan untuk dilaksanakan.

RUU ini akan menggabungkan Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. 

Gabungan ini dijangka akan lebih berkesan dalam menangani aduan-aduan orang awam berkaitan dengan produk perubatan.

Selain  itu, Presiden MPS Datuk Nancy Ho mengesahkan kes penipuan tersebut telah dimaklumkan akhir tahun lalu.

"Kami mendapat tahu mengenai seseorang individu itu apabila membaca mengenainya di laman web serta aduan yang diterima.

"Kami segera memeriksa statusnya dengan Lembaga Farmasi, yang mengesahkan dia tidak berdaftar," katanya.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat MPS dan telah merujuk kepada penasihat undang-undang.

"Individu itu telah diminta memadam perkara berkaitan di laman web beliau secara sukarela ," katanya.

Berikutan terbongkarnya kes tersebut, Nancy berkata, pihak MPS kini lebih berhati-hati dan akan melihat setiap permohonan dengan terperinci.

"Semua ahli farmasi berdaftar disenaraikan di laman web Kementerian Kesihatan (tetapi) kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang," katanya, sambil memberi jaminan kepada orang ramai bahawa MPS akan berusaha untuk lebih berhati-hati.

Tags / Kata Kunci: Penipuan dokumen

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan