Masalah Jantung Punca Utama Kematian Pekerja Nepal - Duta

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 1:19 PM

Dr Niranjan Man Singh Basnyat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Nepal menerima 461 laporan mengenai kematian pekerja negara itu di sini tahun lepas, 70 peratus daripada mereka meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung.

Duta Besar Nepal di Malaysia Dr Niranjan Man Singh Basnyat berkata perkara itu mungkin berpunca daripada masa bekerja yang terlalu lama, lebih-lebih lagi dalam terik cahaya matahari, manakala 30 peratus lagi mati akibat kemalangan di tempat kerja, terlalu banyak meminum arak dan membunuh diri kerana masalah kewangan.

Basnyat, yang bimbang tentang sikap rakyat negaranya yang tidak mementingkan kerehatan, menasihati mereka supaya tidak memaksa diri bekerja untuk tempoh yang panjang dan sebaliknya menjaga kesihatan masing-masing.

"Mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka boleh menjadi lesu akibat terlalu lama bekerja di bawah cahaya terik matahari dan dalam keadaan lembap hingga boleh menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tidur," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, kedutaan itu juga merekodkan 2,945 kematian pekerja Nepal dalam tempoh 10 tahun lepas - 2005 hingga 2015.

Basnyat berkata pekerja Nepal dilaporkan terpaksa bekerja keras untuk mencari wang dengan harapan dapat mengirim sebahagian daripadanya kepada keluarga atau menyelesaikan hutang di negara sendiri.

Beliau berharap mereka akan sedar tentang pentingnya untuk mereka hanya bekerja lapan jam sehari, bukan 12 jam, seperti yang sering mereka lakukan, agar mereka sentiasa sihat.

Kecenderungan pekerja Nepal meminum terlalu banyak minuman beralkohol juga merupakan satu lagi perkara yang membimbangkan duta besar itu. Beliau berkata perbuatan tersebut boleh membawa kepada kematian akibat dehidrasi.

Di samping itu, kata beliau, terdapat juga laporan tentang kes bunuh diri dalam kalangan pekerja Nepal akibat stres atau masalah kewangan.

Beliau berkata, kebanyakan rakyat negara itu yang datang bekerja di Malaysiaperlu membayar hutang mereka kepada ejen atau bank, manakala sesetengahnya pula terpaksa menggadai tanah sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman untuk membiayai perjalanan mereka.

"Sesetengah mereka kecewa apabila mendapati mereka tidak memperoleh cukup wang untuk membayar balik pinjaman dan oleh itu membunuh diri sebagai cara untuk melepaskan diri daripada penderitaan. Tapi, kes begini, tidak banyak," katanya.

Ketika ini, Malaysia mempunyai kira-kira 800,000 pekerja Nepal, jumlah paling tinggi berbanding negara lain, termasuk Arab Saudi dan Qatar yang mempunyai kira-kira 400,000, Emiriyah Arab Bersatu (300,000), Kuwait (100,000),Oman dan Bahrain (50,000), katanya.

Basnyat, yang berkhidmat di sini sejak 2013, berkata kedutaan itu mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kes kematian pekerja Nepal di negara ini dan menyiarkan notis dalam laman sesawangnya bagi menasihati mereka tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Kedutaan itu juga mempunyai satu slot dalam Bernama Radio setiap Ahad, dari 8 malam hingga 9 malam, untuk memberi penerangan kepada masyarakat Nepal di sini tentang perkara yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan ketika berada dinegara ini.

"Sebagai contoh, kami sering mengingatkan mereka supaya meminum empat literair biasa sehari, bukan minuman beralkohol," katanya.

Sementara itu, menurut Timbalan Setiausaha Komunikasi Kumpulan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Simon Karunagaram, adalah perkara biasa bagi pekerja migran bekerja lebih 12 jam sehari di sini.

"Mereka terpaksa menerima tawaran itu kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan lebih banyak wang bagi membantu menyelesaikan hutang atau mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing," katanya dan menjelaskan bahawa pekerja terbabit mudah jatuh sakit sekiranya mereka bekerja untuk tempoh yang panjang setiap hari.

Karunagaram bagaimanapun berkata majikan perlu sedar bahawa pekerja mereka,termasuk pekerja migran, dibenarkan bekerja lapan jam sehari menurut Akta Pekerjaan 1955. "Tetapi, terpulanglah kepada kesediaan mereka (pekerja) untuk bekerja lebih lapan jam sehari.

Sekiranya mereka bekerja lebih daripada tempoh biasa, ia perludikira sebagai kerja lebih masa (OT)," katanya.   

Sementara itu, beliau menggesa pekerja asing di negara ini supaya mengemukakan aduan kepada kedutaan negara masing-masing atau Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia sekiranya mereka mendapat layanan buruk daripada majikan. --Bernama

Tags / Kata Kunci: Pekerja Nepal , jantung

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan