Liow Meriahkan Acara Berbasikal

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

SEKINCHAN: Seawal 7 pagi, pekan Sekinchan meriah dengan gelagat kira-kira 50 peserta yang bersemangat memulakan acara kayuhan berbasikal anjuran MCA sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di sini.

Seramai 50 peserta, majoritinya masyarakat Cina di kawasan itu mula berkumpul di Tokong Xian Fa Shi bagi memulakan program riadah yang turut disertai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Cuaca pagi ini yang mendung dan berangin membuatkan peserta, rata-rata dalam lingkungan umur 18 sehingga 60 tahun teruja untuk meneruskan acara berbasikal secara berkumpulan mengelilingi pekan Sekinchan selain melepasi beberapa kawasan sawah padi.

Liow berkata program berbasikal seperti itu merupakan salah satu senaman yang baik di samping mampu menyihatkan tubuh badan dan ia juga senaman percuma serta sesuai untuk semua golongan usia.

"Saya sangat menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti ini (basikal) untuk mengurangkan kadar pencemaran selain dapat mengeluarkan peluh dan membakar kalori.

Aktiviti seperti ini turut sesuai dilakukan pada bila-bila masa sahaja khususnya pada hari cuti umum," katanya kepada pemberita selepas selesai melakukan tinjauan mesra di sekitar pekan Sekinchan, pagi ini.

Beliau turut menggesa agar penduduk tempatan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi pada 18 Jun ini.

Liow dan jentera MCA antara parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turun padang sejak awal kempen PRK Sungai Besar bermula dan mengadakan pelbagai program, khususnya bagi mendekati pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang merupakan kubu DAP.

Selain program berbasikal, Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut dijadual untuk minum pagi bersama-sama pengundi di kawasan Sekinchan selain melawat gereja Methodist, dekat sini.

PRK Parlimen Sungai Besar yang mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan 13,094 adalah pengundi Cina, bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Amanah).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas yang turut mengorbankan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan akan diadakan serentak pada 18 Jun ini dan pengundian awal dijadual berlangsung pada 14 Jun.

Tags / Kata Kunci: Sekinchan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan