Dakwaan Tun M Tidak Konsisten - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pengundi di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar agar tidak terpengaruh dengan pelbagai dakwaan tidak berasas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara.

Naib Presiden Umno itu berkata Dr Mahathir kini jelas dilihat tidak konsisten dalam pelbagai dakwaannya terhadap isu-isu tertentu.

"Banyak isu yang dibawa Dr Mahathir tidak konsisten. Pengundi kena nilai isu beliau bawa. Perlu ada hujah, ada asas, ada kaitan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Masjid, Ketior Luar di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai Dr Mahathir yang dijangka akan hadir membantu kempen Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kangsar esok.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata beliau yakin Dr Mahathir hanya akan membangkitkan isu yang tiada kaitan dengan PRK Kuala Kangsar, dan lebih tertumpu kepada serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai kempen Dr Mahathir yang menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur pada PRK Sungai Besar hari ini, selain serangannya terhadap Najib, Hishammuddin berkata; "Najib tidak bertanding di Sungai Besar. Perkara yang disentuh Dr Mahathir hanyalah bersifat peribadi," katanya yang juga anggota Parlimen Sembrong.

Mengenai PRK Kuala Kangsar, beliau mengingatkan setiap jentera parti supaya lebih proaktif bagi memastikan peningkatan peratusan keluar mengundi pada PRK itu.

"Saya mahu kita semua rapatkan barisan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam parti," katanya.

Pada PRK Kuala Kangsar, calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid akan ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan