Tegur, Beri Salam Amalan Kempen Terbaik - Ustaz Kazim

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kempen yang mudah dan berkesan di hati pengundi ialah amalan menegur dan memberi salam kepada orang yang tidak dikenali, kata Datuk Mohd Kazim Elias.

Katanya, salam itu adalah ucapan ahli syurga, mendatangkan pahala dan kasih sayang yang membolehkan seseorang itu mendapat ramai kawan.

"Orang-orang politik kalau hari-hari bagi salam tak payah turun kempen, hanya letak poster ‘undilah saya’,” katanya ketika ceramah perdana di sini Sabtu malam.

Ceramah anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengarah Pilihan Raya BN PRK Sungai Besar, Tan Sri Noh Omar dan calon BN Budiman Mohd Zohdi.

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang masuk hari kelapan menyaksikan penduduk di sini lebih cenderung memilih untuk hadir ke majlis ilmu berbanding ceramah politik.

Ini dapat dilihat apabila ceramah perdanatersebut lebih mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang awam.

Perkara ini turut disentuh oleh Mohd Kazim ini dalam ceramahnya, apabila beliau mengingatkan mereka yang hadir supaya menjaga pahala dan amal ibadat di bulan Ramadan dengan banyak menghadiri majlis ilmu.

"Malam ini ceramah agama, bukan ceramah politik, saya bukan orang politik. Apa yang saya cakap dan sebut ini adalah ceramah agama.

"Di sini tuan-tuan tak akan dengar kata nista, umpat keji , benda-benda fitnah dan sebagainya sebab ia tak ada kena-mengena dengan agama," katanya dalam ceramah itu  yang berlangsung serentak dengan ceramah PAS dan Pakatan Harapan.

Mohd Kazim berkata, menghadiri ceramah politik dengan kata-kata kotor, keji, menghasut, fitnah dan tidak bertanggungjawab adalah sesuatu yang berdosa dan tidak bermanfaat apatah lagi pada bulan Ramadan.

"Ajak orang bergaduh, benci-membenci, memfitnah dan menuduh tanpa bukti, kalau tuan-tuan tunggu terpacak dan ternganga dengar apa yang mereka cakap, orang yang bercakap berdosa, yang mendengarnya juga berdosa.

"Kempen-kempenlah, tapi jaga adab dan hukum agama, supaya pahala yang kita cuba dapatkan dari subuh sampai tengah malam tidak hilang begitu sahaja, sebab itulah malam ini kita buat ceramah agama, supaya anda duduk dan rasa tenang," katanya.

Menurut Mohd Kazim tidak sukar untuk membezakan majlis ilmu atau sebaliknya kerana ia akan membuatkan seseorang itu berasa tenang.

"Kita rasa seronok, tenang. Kita duduk dengar ceramah walaupun lama tapi rasa sekejap, itu tandanya ceramah agama yang baik.

"Tapi bila kita duduk dalam satu kumpulan, dalam satu waktu ceramah kita rasa ‘ishh tak sedapnya dia cakap, adoi menyesalnya aku datang dan banyak merungut maknanya ia tak seronok didengar itu bukan majlis ilmu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan