Saya Di Sekinchan Sebagai 'Rakyat' - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

SEKINCHAN: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kehadirannya di pekan yang sedang melalui proses pilihan raya kecil itu bukan di atas tiket mana-mana parti, sebaliknya sebagai rakyat.

"Nampak agak ganjil sikit kerana saya berada bersama musuh kuat saya, Lim Kit Siang.

"Saya ingin jelaskan di sini, saya bukan sebagai ahli mana-mana parti, bukan Umno, bukan pembangkang. Saya di pentas ini sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap negara kita," katanya ketika berucap pada majlis ringkas yang diadakan di sebuah restoran itu.

Nyata kunjungan bekas Perdana Menteri ke pekan Sekinchan, pagi Sabtu mendapat perhatian ramai penduduk setempat di kalangan masyarakat nelayan dan petani.

Dr Mahathir tiba di dewan sebuah restoran di sini kira-kira pukul 10.25 pagi ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau kemudian menyaksikan ikrar yang dibuat oleh calon Amanah, Azhar Ab Shukur yang menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir menjelaskan, kos sara hidup rakyat yang makin tinggi, selain masalah ekonomi negara mendorong beliau bekerjasama dengan pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita membelakangkan sikit parti-parti kita sebaliknya  menjadi rakyat biasa yang ingin menjadikan negara ini demokrasi dan memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara" katanya sambil menambah beliau menyokong Azhar sebagai calon yang telah berikrar menyokong Deklarasi Rakyat.

Berucap kira-kira 30 minit itu, beliau banyak menyentuh tentang skandal 1MDB berbanding isu tempatan.

Selain Kit Siang, turut hadir adalah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada kunjungan itu juga Dr Mahathir sempat menziarahi ahli politik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Shukur Siraj, 82 yang juga bapa kepada Azhar.

Dr Mahathir tiba di kediaman Abdul Shukur di Pekan Selasa, di sini dan meluangkan masa kira-kira lima minit berbual dengan bekas ahli Parlimen Tanjung Karang selama satu penggal itu yang kini sedang terlantar sakit.

Selain pernah menjadi ahli Parlimen, Abdul Shukur juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung selama dua penggal.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan