Tun M Cuba Bakar Kelambu BN - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 6:17 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mengadakan sidang media selepas melawat pusat operasi media Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sebuah hotel petang ini.

(Ubah saiz teks)



SUNGAI BESAR: Ucapan kontroversi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika turun padang berkempen untuk Pakatan Harapan di Sekinchan pagi Sabtu dilihat sebagai percubaan untuk membakar kelambu Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku kerana bekas perdana menteri itu sendiri telah menanam kecintaan terhadap BN sewaktu memimpin parti itu.

“Ucapan oleh Tun M yang telah diviralkan di media sosial diharapkan tidak mempengaruhi sikap dan pengundi-pengundi di Sungai Besar atau di Kuala Kangsar kerana kita tahu bahawa beliau cuba untuk membakar kelambu BN, tentunya kita tak mahu kelambu BN dibakar beliau.

“Saya fikir masyarakat dan pengundi di Sungai Besar tahu bahawa hati dan jiwa mereka yang tetap bersama BN  akan terus memilih BN, manakala terdapat gelombang perubahan untuk ramai pengundi di atas pagar yang mahu bersama BN pada kali ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di sini, Sabtu.

Naib Presiden Umno itu berkata, Dr Mahathir berada di persimpangan jalan politik untuk menguji populariti dirinya apabila bersama orang yang pernah menjadi musuh politiknya, semata-mata untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kebanyakan masyarakat mungkin bersimpati apabila wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib tidak lama dulu, tetapi apabila beliau memilih untuk bersama musuh politiknya, rakyat tidak akan terpengaruh.

“Jangan risau tidak ramai pun yang akan terpengaruh dan terikut dengan kesalahsasaran beliau terhadap kumpulan yang beliau benci dahulu.

"Yakinlah, sejauh mana pun beliau berjalan, kerana beliau sewaktu jadi pemimpin kita telah menanamkan kecintaan kepada BN , InsyaAllah beliau lakukan bagaimana sekali pun, pengundi-pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar saya harap terus kekal dengan BN dan pengundi atas pagar akan berbalik kepada BN," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, BN tidak memerlukan strategi untuk menangkis serangan-serangan Dr Mahathir yang telah diviralkan kerana rakyat sendiri yang akan menangkisnya.

“Cuma kita rasa kasihan kepada beliau apabila dalam kelanjutan (usia) begitu, beliau tersasar jalan,” katanya.

Beliau juga tidak menyalahkan mana-mana parti apabila Dr Mahathir dilihat memihak kepada mereka, sebaliknya sekali lagi menyatakan rasa simpatinya terhadap bekas pemimpin negara itu.

“Saya kesian kerana berlaku konflik jiwa dan kekeliruan minda.

“Saya harap perkara itu tidak diterima bulat-bulat oleh mereka yang berada di atas pagar, kekeliruan itu biarlah dia seorang sahaja yang keliru dan orang lain tak terus terkeliru juga,” katanya.

Mengenai suasana kempen yang masuk hari keenam, Ahmad Zahid berkata, kematangan politik dilihat sudah bermula.

Jelasnya, walaupun terdapat sembilan laporan polis berkaitan papan iklan provokasi dan lima kertas siasatan telah dibuka, kes itu telah dapat diatasi.

Beliau menyeru jentera ketiga-tiga parti dan tiga calon bertanding supaya tidak mengeluarkan isu-isu sensitif apatah lagi dalam keadaan kempen di bulan Ramadan.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan