Puasa Bukan 'Tiket' Untuk Makan Semuanya - Pakar Pemakanan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 7:30 AM

Warga kota mula membanjiri bazar Ramadan seawal jam 4 petang untuk membeli juadah berbuka puasa.

(Ubah saiz teks)

BERBUKA puasa di bulan Ramadan sebenarnya bukanlah alasan untuk makan mengikut kehendak hati, sebaliknya  ia tempoh mendidik diri supaya bijak memilih sajian yang baik untuk kesihatan.

Ketua Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John berkata, walaupun bazar Ramadan biasanya menjual makanan yang dibuat khas semasa bulan mulia itu, "ia tidak bermakna kita perlu makan semuanya".

"Saya selalu berkataL, "amalkan kebijaksanaan dan berfikir sebelum membeli". Anda mungkin inginkan perubahan selera, dan boleh makan bubur lambuk jika mahu, tetapi sayur-sayuran juga perlu," katanya.

Tambahnya lagi, ketidakupayaan untuk berpegang kepada prinsip 'membeli mengikut keupayaan' juga boleh menjurus kepada pembaziran.

Easaw-John berkata, sebelum ini dia pernah berpuasa selama 20 hari bagi melihat sendiri kesan berpuasa terhadap pemakanan serta gaya hidup seseorang.

"Jumlah karbohidrat yang diambil perlulah mengikut diet yang betul untuk memastikan anda mampu bertahan sehingga waktu berbuka, sebaliknya anda akan lesu jika diet pemakanan yang diambil tidak betul," katanya.

Walaupun kebanyakan daripada kita memberi tumpuan lebih kepada makanan semasa berbuka, Easaw-John berkata pemilihan makanan untuk bersahur juga adalah penting.

"Pemilihan makanan untuk bersahur amat penting bagi memastikan anda dapat bertahan selama 12 hingga 14 jam sebelum tempoh berbuka. Namun, amalan tidak bersahur atau makan berlebihan semasa sahur juga adalah tabiat yang tidak baik dan harus dielakkan dalam bulan berpuasa.

Tambah pakar pemakanan itu lagi, bersahur dan berbuka adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Easaw-John mengesyorkan supaya persediaan bersahur dibuat lebih awal, manakala makanan dipanaskan semula sebelum dimakan bagi menerapkan amalan pemakanan yang sihat.

Tambahnya lagi, berbuka dengan kurma atau susu soya juga disarankan bagi memastikan pembebasan gula dalam badan secara perlahan.


Tags / Kata Kunci: Ramadan , Mary Easaw-John

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan