Projek Naik Taraf Hospital Tawau Dalam Proses Tender

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Projek menaiktaraf Hospital Besar Tawau, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia Ke-11, masih dalam proses tender, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Dr Chen Chaw Min. Beliau berkata usaha menaiktaraf hospital itu membabitkan pembinaan bangunan baharu hospital dilengkapi enam dewan bedah, bilik endoskopi dan wad.

Katanya projek menaiktaraf itu turut membabitkan kemudahan Jabatan Kecemasan dan Jabatan Radiologi yang bakal dilengkapi beberapa fasiliti seperti alat CTS can, Magnetic Resonance Imaging (MRI), mammogram dan helipad.

"Kos projek menaiktaraf ini membabitkan RM200 juta dan memerlukan masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan rasmi ke Hospital Besar Tawau di sini, Jumaat malam.

Dalam perkembangan berkaitan, Chen berkata Hospital Besar Tawau mencatatkan pencapaian sebagai antara perintis Projek Hospital Kluster di Sabah yang dimulakan pada 2012 hingga 2015 selain Hospital Semporna dan Hospital Kunak bagi kawasan pantai timur Sabah.

Chen berkata objektif projek itu diperkenalkan antara lain bagi menambah baik penjagaan materniti, mengomtimumkan dewan bedah bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan di ketiga-tiga hospital terbabit.

Beliau berkata, hasil kejayaan projek itu, perkhidmatan projek kluster diperluas ke disiplin lain seperti pembedahan, ortopedik mulai Januari dan dialisis pada April lepas di hospital terbabit.

Katanya, tiga lagi hospital di Sabah akan dipilih untuk menjayakan Projek Hospital Kluster. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan