Mualaf Rasai Nikmat Berpuasa

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 9:30 AM

Pasangan yang baharu bernikah bulan lalu, Noor Jehan melayan suaminya, Zain yang merasai nikmat berpuasa Ramadan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi mualaf baharu, Zain Kwok Wai Phu stik adalah hidangan yang cukup sesuai untuk bersahur.

Jurutera perisian dari Sydney itu mengaku memerlukan tenaga ketika menjalani ibadah puasa.

Sehubungan itu, dia sering mencuba pelbagai jenis makanan untuk memastikan menu terbaik untuk membantu beliau berpuasa sepanjang hari.

"Masih belum dapat jumpa makanan yang paling baik," katanya.

Berusia 33 tahun dan memeluk Islam pada November tahun lalu, katanya, cabaran utama berpuasa adalah untuk menahan lapar dan dahaga.

"Biasanya apabila tiba tengah hari, perut saya akan mula berkeroncong," katanya.

Bagi Zain, berpuasa di Malaysia mewujudkan rasa solidariti sesama Islam di negara ini.

"Sesuatu yang menarik apabila azan berkumandang ketika masuknya waktu solat maghrib, setiap umat Islam akan mula menjamah makanan.

"Saya sentiasa menganggap ia sesuatu yang menarik kerana ia tidak membezakan siapa anda dalam masyarakat. 

"Jadi apabila saya bertemu umat Islam, saya tahu apa yang dia lalui, itu adalah salah satu keindahannya," katanya.

Melalui berpuasa, dia kini lebih menghargai hidup.

"Apabila saya berpuasa, saya lapar dan sebaik berbuka saya akan rasa lega.

"Tetapi, apabila saya fikirkan ada insan yang tidak dapat peluang seperti saya terutama gelandangan, sudah tentu mereka tidak merasai apa yang saya lalui.

"Pada masa sama ia menyebabkan saya menghargai banyak perkara dan rasa terpanggil untuk melakukan kebajikan," katanya.

Tambahnya lagi, antara kenikmatan berpuasa di Malaysia adalah kepelbagaian jualan di bazar Ramadan.

"Begitu banyak pilihan," katanya yang menggemari murtabak, ikan bakar dan otak-otak.

Malahan, katanya, Ramadan lebih bermakna kali ini kerana ia dapat dikongsi bersama isterinya, Noor Jehan Begum, 27 yang dinikahinya bulan lalu.

Sementera itu, bagi penulis blog pengembaraan, Michael Ruppert, pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan mengukuhkan lagi keimanannya.

"Setiap kali bangun sahur, rasa lapar atau dahaga, persoalan yang timbul adalah "Kenapa saya lakukan ini semua?"

"Ia mengajar saya lebih fokus untuk menjadi seorang Islam yang baik, belajar lebih banyak mengenai agama," katanya yang berusia 29 tahun.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan