Jabatan Agama Islam Kelantan Nafi Wanita Berpakaian Ketat, Seksi Dikompaun

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menafikan 31 wanita yang dikatakan berpakaian ketat dan seksi dikenakan kompaun dalam `Op Aurat' Rabu lepas.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata 24 wanita terbabit hanya diserahkan notis dan perlu menghadiri kaunseling pada tarikh yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan.

"Manakala tujuh lagi hanya diberikan amaran dan dilepaskan oleh JAHEAIK. Isu ini yang kini sudah diviralkan oleh pihak tertentu sebenarnya adalah tidak tepat malah JAHEAIK tidak mengenakan sebarang kompaun lagi kepada mana-mana individu," katanya ketika dihubungi, di sini pada Sabtu.

Mohd Fadzuli berkata operasi yang dijalankan adalah sebagai mendidik orang ramai khususnya wanita supaya lebih menghormati Ramadan dengan tidak berpakaian seksi atau ketat.

Beliau berkata kesemua wanita yang diberikan notis sudah dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan sama tetapi tetap diminta hadir untuk sesi kaunseling.

"Mana-mana individu yang ingkar akan dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam  bulan atau kedua-duanya.

Tindakan yang dilakukan oleh JAHEAIK ini bukannya bertujuan mendatangkan masalah kepada kaum wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka supaya menghormati bulan yang mulia ini," katanya.

Katanya wanita sepatutnya melindungi aurat mereka daripada dilihat bukan muhrim terutamanya di luar rumah seperti di pasar raya ataupun kini di bazar Ramadan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan